PENGHASILAN KAMPUNGKU - Pesanan Produk

 

PESANAN (ORDER) PRODUK KAMPUNG KU

SILA ISI BORANG DI BAWAN UNTUK MEMBUAT PESANAN (ORDER)
GARINTING/IKAN KERING|WADIQ/PEKASAM
Harga : RM35 SEKILO(Termasuk Pos)
 
Nama :
No KP :
Email :
No Tel :
Alamat :
Poskod :
Negeri :
Bil dipesan: KILO
Bank :

Paste Transaksi Pembayaran Anda Di Sini

 
try

 

Links

< / embed>

RM10 untuk kode ini,kode lain up sikit,peribadikan blog anda.

my home cooking blog: June 2007
Posted by noreen

Iced nestlo de coco

0



Bahan-bahan (2 gelas):
60ml susu segar
30ml sirap gula
2 sudu teh serbuk nescafe
2 susu teh milo
Krim
Ais

Cara:
- masukkan susu ke dlm pengisar dan kisar seketika
- kemudian masukkan serbuk nescafe, milo dan sirap gula
- campurkan kiub ais dan kisar lagi
- kemudian masukkan adunan minuman ke dlm gelas dan letakkan krim diatasnya
- dah boleh minum

Read on »

Posted by noreen

Pandan layered cake

0



cake nie resepi dari che mat gebu dia mmg terror masak. cuma banyak bahan dan banyak keje utk makan pandan layered cake nie. tapi hasilnya mmg sedap especially kalau disimpan dlm fridge. sesuai dijamu utk tetamu yg dtg atau utk minum pagi dan petang.

Bahan-bahan (Saiz kek (8 x 8 x 3)inci):
bahan untuk kek:
5 biji telur Gred A
160 g gula
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair

bahan untuk kastard:

1050 g santan - boleh campurkan dengan susu atau air dan boleh dikurangkan
225 g gula
10 g serbuk jelly
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam

cara:
- UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata
- masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega
- bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping
- UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek
- UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard
- kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering
- bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek

note: gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan

Read on »

Posted by noreen

Strawberry cheese tart

0


Read on »

Posted by noreen

Pasta goreng

0



resepi dari mat gebu

Bahan-bahan (5-6 org):
50 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 cawan isi kupang
1 cawan hirisan cendawan butang
10 - 15 ekor udang besar, dibersihkan
4 batang putik jagung, dihiris menyerong
2 batang sosej, dihiris nipis

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili merah

Bahan2 sos disatukan:
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair

cara:

  • panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan. Tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak. Tambah sedikit minyak jika kurang
  • masukkan kesemua bahan di atas kecuali pasta. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra. Rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki
  • angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dgn cili jeruk jika suka

Read on »

Posted by noreen

Pau resepi I

0



resepi dari Yani

Bahan-bahan (8 biji):
300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

cara:
- masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata
- campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut
- masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin
- masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat
- penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk
- utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik
- tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit
- ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat
- Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus
- kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan

Read on »

Posted by noreen

Nasi beriani Batu Pahat

0

resepi dari mrsdayat

Bahan-bahan (4 org):
3 cawan beras basmathi
sedikit rempah tumis
6 ulas bawang merah - blend
5 ulas bawang putih - blend
2"halia - blend
setengah biji bawang besar - dihiris
sedikit daun pudina, daun bawang, daun sup
2-3 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan - goreng
2 sudu makan rempah beriani
4 setengah cawan air
setengah cawan susu cair

cara:

  • panaskan minyak sapi, kemudian tumis rempah tumis dan rempah beriani
  • masukkan bawang hiris gorengkan sebentar. kemudian masukkan pula 2 sudu besar campuran bawang merah, halia dan bawang putih yg di blend tadi (baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).
  • masukkan air dan tunggu sampai mendidih
  • masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras. kacaukan
  • pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan biar nasi masak
  • bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya. titikkan pewarna dan kacaukan
  • masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi. kacau rata. (nak lebih 'kick',masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)
  • masukkan gajus dan kismis. sedia untuk di hidangkan.

Read on »

Posted by noreen

Kuah daging beriani

0

Bahan-bahan (4 org):
1/2 kg daging lembu - potong kiub
1/2 biji bawang besar - hiris
bawang merah - blend
halia - blend
bawang putih - blend
1 biji tomato saiz besar - belah 4
3-4 biji cili hijau
2 sudu makan tomato puree
1 sudu makan sos tomato
1/4 cawan susu cair
sedikit ghee
sedikit rempah tumis
3 sudu makan rempah baryani
garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
sedikit daun sup, daun bawang dan daun pudina
1 sudu makan yogurt

cara:

  • gaul daging dengan yogurt. sementara tu panaskan minyak sapi (anggaran rata bawah periuk)
  • tumiskan rempah tumis dan bawang yg dihiris. biar bawang agak garing sedikit
  • masukkan bawang blend dan kacau sampai naik bau
  • masukkan daging dan gaulkan sebati
  • masukkan tomato dan cili hijau
  • masukkan semua jenis daun, garam, ajinomoto, gula dan kacaukan sebati
  • tutup periuk dan biarkan lebih kurang 10-15 min supaya daging lembut (pastikan kuah tu sama rata dengan daging. tambahkan air kalau tak sama rata)
  • ambil seketul daging dan picitkan untuk tengok dah lembut ke belum
  • bila daging dah agak empuk, masukkan sos tomato, tomato puree dan susu cair. kecilkan api dan kacaukan dan biar lagi atas dapur
  • last sekali masukkan rempah beriani dan kacaukan sebati

Read on »

Posted by noreen

Burger Malaysia

0


resepi dari Yani

Bahan-bahan (8 biji):
200g tepung gandum
140ml susu/ air
2 sudu besar butter/margerin
2 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
sambal ikan bilis
timun

cara:

1. masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda
kalau nak taw doh dah naik taburkan sedikit tepung dan tekan dengan jari kalau ada lubang maksudnya doh dah naik

2. lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat
3. biarkan naik 2 kali ganda lagi. kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan
4. belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

Read on »

Posted by noreen

Coffee cheesecake stick

0


resepi dari Yani

Bahan-bahan (18x18 cm):
210g cream cheese
45g butter
60g gula halus
3 biji telur kuning
6 sudu besar fresh cream/whipping cream
6 sudu kecil corn starch/ tepung jagung
2 sudu kecil instant coffee
75g butter-dicairkan
3 sudu besar coconut flake
150g biskut

cara:
- kisar biskut. Kemudian campurkan dengan butter cair dan coconut flake. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
- biarkan cream cheese, butter dan telur dalam suhu bilik.
- pukul cream cheese dan butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
- kemudian masukkan pula kuning telur -> fresh cream-> corn starch. Masukkan bahan2 ikut turutan sambil dikacau.
- akhir sekali masukkanlah instant coffee. Kacau lagi.
- tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
- bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm

note: utk dapat rasa yg sedap, simpan dulu semalaman sebelum dimakan

Read on »

Posted by noreen

Laksa Johor

0


Bahan-bahan (1 family):
500gm ikan kembung - direbus, ambil isi & tumbuk atau blend
40gm udang kering - direndam air panas & tumbuk
2 sudu makan serbuk ketumbar ) dibancuh
2 sudu makan rempah kari daging ) dengan air
2 sudu makan pes cili ) jadi
1 sudu makan serbuk jintan manis ) pes
2 liter santan - dari 11/2 biji kelapa
100ml minyak masak
1 sudu makan asam jawa dicampurkan dengan 50ml air - diperah & ditapis
8 tangkai daun kesum
garam & gula secukup rasa

Bahan sampingan:
500gm spagheti - direbus lembut
6-8 biji limau kasturi - dibelah 2
300gm tauge
2 biji bawang besar - dihiris
1 biji timun - dihiris
40gm daun selom - dihiris
40gm daun selasih - dihiris

Bahan sambal belacan (dikisar):

6 biji cili merah
7-8 biji cili padi
2 sudu makan air asam jawa
2 sm belacan - dibakar
garam & gula secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 sm halia
3 sm lengkuas
2 batang serai

cara:
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga berbau
- masukkan pes rempah, kacau hingga keluar minyak
- bubuh santan dan kacau sekali sekala hingga menggelegak. masukkan pula isi ikan, udang kering, air asam jawa dan daun kesum
- kacau sampai menggelegak, bubuh garam dan gula pasir. bila keluar minyak semula, tutup api
- utk menghidang, letak spagheti ke dalam mangkuk. taburkan tauge, bawang besar, timun, daun selom dan daun selasih. bubuhkan sambal belacan dan tuangkan kuah panas2

Read on »

Posted by noreen

Lepat ubi

0



Bahan-bahan:
750gm ubi kayu (ubi kayu yg besar)
1/2 biji kelapa parut putih
8-10 helai daun pisang potong 17.5cm x 12.5cm
Garam secukup rasa

Bahan air gula:
120 gm gula pasir
100 gm gula melaka
90 gm gula merah
125 ml air
4 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
- untuk air gula: jerang semua bahan sambil dikacau hingga gula larut. Tapiskan dan biar sejuk.
- parut halus atau blend guna food processor ubi kayu kemudian isikan ke dalam kain maslin atau letak dlm tapis dan perah dalam mangkuk utk mengeluarkan airnya.
- biar airnya mendap selama 20 minit, kemudian buangkan bahagian yg jernih.
- ambil bahan mendap (sagu), campurkan dgn ubi kayu dan kisar dgn kelapa parut di dlm mesin memproses makanan.
- satukan air gula dgn campuran ubi dan garam.
- adunan jgn terlalu keras kalau keras letak santan sikit.
- letakkan adunan dlm daun pisang dan kukus selama 15-20 minit

Read on »

Posted by noreen

Ayam serai thai

0


resepi dari Skyblue

Bahan-bahan (2 org):

* 6 ketul kepak ayam, bahagian tengah
* 1 sudu kecil sos ikan
* 1 sudu besar jus lemon
* *3 batang serai, guna bahagian putih sahaja
* *2-3 biji cili api (*dikisar)
* 1 sudu kecil gula, boleh diganti dgn syrup atau honey
* Garam secukup rasa
* 1 sudu kecil minyak masak
* Daun sup dan lemon untuk hiasan

cara:
- masukkan semua bahan2 kecuali yg bertanda * ke dalam zip lock bag. Gaulkan sehingga rata. Simpan/perap dalam peti sejuk selama 1 jam. Nak sedap lagi, simpan overnight.
- panaskan ketuhar pada suhu 200C.
- lapiskan baking tray degan aluminum foil, sapukan degan minyak masak. Letakkan ayam yang telah diperap ke atasnya dengan bahan perap sekali.
- bakar selama 15 minit untuk bahagian atas dan bawah. Lepas itu, oven grill sehingga permukaannya jadi perang sikit.
- letak ayam didalam pinggan dan tuangkan kuah dia ke atasnya, hiaskan dgn daun sup dan lemon.

Read on »

Posted by noreen

Ikan siakap goreng tiga rasa resepi I

0

Bahan-bahan (2-4 org):
Ikan siakap - dilumurkan dengan garam dan tepung jagung dan digoreng dgn minyak terendam hingga garing
2 ulas bawang putih - dicincang
5 - 6 biji cili padi - dihiris halus dan ikut kepedasan masing2
5 sudu makan sos tiram
sedikit lada sulah
sedikit air
sedikit tepung jagung + sedikit air utk memekatkan kuah

cara:

  • ikan yg telah digoreng tadi di letak tepi
  • dlm kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih
  • masukkan cili padi dan di kacau hingga sebati dan cili padi sedikit lembut
  • masukkan sedikit lada sulah dah dikacau sehingga sebati
  • masukkan air utk dapatkan kuah
  • masukkan tepung jagung utk memekatkan kuah
  • kacau dlm 2-3 min dan angkat
  • kuah tadi bolehlah dituangkan di atas ikan
  • masukkan sos tiram

Read on »

Posted by noreen

Simple marble cheese cake

0

Read on »

Posted by noreen

Light cheese cake

0




Bahan-bahan:
500g cream cheese
100g gula kastor
1/2 camt pes lemon atau 1 camt jus lemon/limau susu
3 biji kuning telur Gred A
200g whipping cream
30g tepung gandum - diayak
10g tepung jagung - diayak

Bahan A:

3 biji telur putih Gred A
40g gula kastor

cara:
- pukul cream cheese hingga halus, masukkan gula dan pukul hingga gebu
- masukkan pes lemon, kacau 1 min
- bubuh sebiji kuning telur, putar sebati
- ulangi hingga habis
- kemudian tuangkan sedikit demi sedikit whipping cream sambil dipukul rata2
- bubuh pula campuran tepung, pukul sebati dan kental
- dalam mangkuk dan pemutar bersih, pukul bahan A hingga kental
- kaupbalikkan 1/3 putih telur ke dalam adunan cream cheese
- ulangi hingga habis
- tuangkan ke dalam tin pembakar 22cm yg beralas kertas minyak dan dilengser dengan mentega cair
- letak tin dalam loyang berisi air panas dan panas pada 170 c selama 1 jam atau hingga masak
- biar kek dalam oven hingga sejuk (renggangkan pintunya sedikit dengan meletakkan sebatang sudu keluli)

note: jika menggunakan api atas dan bawah, anda akan mendapatkan permukaan yg keemasan. jika tin anda 'bercantum' di bawah kelilingnya, letak tin di atas sekeping foil yg besar (utk membalut bawah dan tepinya) supaya air dari loyang tidak akan meresap ke dalam kek dan menjejaskannya

Read on »

Posted by noreen

Madeleine - sejenis kuih bahulu

0



resepi dari k.nis

Bahan-bahan (2 loyang):
7 tbsp (100gm) butter tanpa garam
5 biji telor yang besar
1/2 cup (115gm) + 3 tbsp gula
1 1/4 cup (140gm) tepung gandum, diayak
1 tsp baking powder
secubit garam
sedikit parutan dari kulit lemon

cara:
- dalam periuk yang kecil, cairkan butter tanpa garam diatas api yang kecil hingga menjadi keperang-perangan
- sejukkan seketika dan tapis butter dalam mangkuk yang lain
- pukul telor dan gula hingga gebu. Masukkan pula butter, gaul hingga sebati
- masukkan tepung yang telah diayak, baking powder dan garam. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula pada satu arah
- taburkan parutan kulit lemon & kaup balik lagi
- masukkan adunan ini kedalam paiping beg dengan 1/4" nozzle plain
- sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam atau semalaman
- bila sedia untuk membuatnya, panaskan oven pada suhu 190c
- paipkan adunan kedalanm loyang madeleines hingga 3/4 penuh
- bakar selama 12min atau hingga perang
- sejukkan Madeleines dan simpan dalam bekas kedap udara

Read on »

Posted by noreen

Kuih bakar

0

Bahan-bahan:
220gm tepung gandum
150gm gula pasir
400ml santan - dari 1 biji kelapa
200ml air
10 helai daun pandan
3 biji telur
3-4 sudu makan bijan - jika suka
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau
minyak utk melengser

cara:

  • kisar daun pandan dan air hingga halus
  • tapiskan dan perah utk mendapatkan jus pandan
  • kacau jus pandan, santan, gula, telur dan tepung hingga larut (gunakan food processor supaya adunan menjadi halus)
  • masukkan esen vanila, garam dan pewarna hijau
  • kacau sebati dan tapiskan
  • lengser acuan kuih dengan minyak. tuangkan adunan ke dalamnya
  • bakar pada suhu 190C dengan kepanasan atas dan bawah selama 8-10 min atau hingga bahagian kelilingnya masak
  • taburkan bijan kemudian bakar semula selama 30-35 min atau hingga keperangan atasnya

Read on »

Posted by noreen

Strawberry mousse

0


Bahan-bahan (6-8 orang):
10g(2tbsp) gelatin
100ml air panas
200g strawberry
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
1 sudu besar lemon jus


cara:
  • campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave
  • buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati
  • masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan

Read on »

Posted by noreen

Blueberry mousse

0


resepi disini

Read on »

Posted by noreen

Moist chocolate cake

0


resepi dari fida daud

Bahan-bahan:
220gm tepung
50gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
190gm mentega
330gm gula kastor
1 1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (gred A)
250ml air sejuk

cara:
- ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat tiga kali. Ketepikan dahulu
- pukul mentega dan gula sehingga kembang
- masukkan telur dan kacau sebati
- masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan air ke dalam adunan, kacau lagi.
- tuangkan adunan ke dalam acuan yg telah disapu dengan mentega dan dibakar dalam ketuhar 180degree selama 30-35 minit (sehingga masak)

Read on »

Posted by noreen

Nasi goreng kampung / Kampung fried rice

0


Bahan-bahan:
nasi sejuk
sambal belacan
ikan bilis - digoreng dahulu dan ketepikan
kacang panjang
garam dan sos ikan

- panaskan minyak dan tumiskan sambal belacan
- masukkan garam, sos ikan dan kacang panjang
- kemudian masukkan nasi, ikan bilis dan goreng sehingga sebati

Read on »

Posted by noreen

Karipap pusing resepi I

0


Kulit karipap (30 biji)
Doh minyak:
80-100gm marjerin
100gm tepung gandum
Campurkan kesemua bahan dan diuli sehingga doh licin dan tidak melekat dan bahagikan doh kepada 6

Doh biasa:
300gm tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Campurkan kesemua bahan dan diuli sehingga licin seperti diatas dan bahagikan doh kepada 6

cara:
- ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh minyak didlmnya dan tutup semula supaya menjadi doh besar
- ambil doh besar tadi di canaikan dan gulung
- ambil doh yg digulung tadi dicanai sekali lagi. Buat kaedah nie sehingga 3 kali canai
- potong doh yg telah digulung tadi kepada 4 bahagian
- ambil potongan doh dan dicanaikan semula dan letaklah inti karipap didlm dan klim. Kalau tak reti klim guna je acuan karipap senang

note: karipap nie boleh disimpan dijadikan frozen. caranya letakkan karipap di atas tray dan diletakkan didlm fride selama 1-2 jam. selepas tu bolehlah dikeluarkan dari fridge dan balutlah karipap dgn cling film satu persatu supaya karipap tidak melekat

Read on »

Posted by noreen

D'Fusion udon goreng (Japanese fried noodle)



Resepi dari Diana

Bahan-bahan (2 orang):

1 paket udon jepun
100 gram sawi, dibersihkan
60 gram daging, dihiris nipis
3 ekor udang
2 biji telur
3 sudu besar tomato sos
4 sudu besar kicap
½ cawan air
Bawang goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Sedikit gula
Minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
4 tangkai lada kering, rendam dengan air panas

cara:
- panaskan sedikit minyak dalam kuali dan goreng telur dipecah-pecahkan setengah masak. Angkat dan ketepikan
- panaskan lagi sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan tomato sos, kicap, air, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata
- masukkan pula daging. Bila daging telah masak, masukkan udang dan telur. Gaul rata.
- kemudian masukkan udon jepun. Jika udon belum kembang dan masak boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan sawi dan bawang goreng dan gaul sebati
- bila sawi telah layu, padamkan api dan hidangkan bersama keropok beras dan jika mahu lada jeruk

Read on »

Posted by noreen

Soft crust pizza topping pepperoni, salami, sausage & tomato

2



Yang membuat pizza nie lagi bertambah sedap sbb cheese yg digunakan Italian Mozerella khas utk pizza dan juga sos pizza

Read on »

Posted by noreen

Inti karipap

0



5-6 biji ubi kentang
2 ulas bawang putih - blend
6-7 bawang kecil - blend
11/2 sudu besar rempah kari daging
Daging cincang
Sedikit udang kering - blend
Sedikit air dan garam
Daun kari kalau suka
Daun sup - hiris


Blend bawang kecil, bawang putih dan udang kering






Ubi kentang di potong dadu





Tumiskan bahan2 blend dan juga rempah kari (masukkan sedikit air utk jadikan paste)dan daun kari
Kacau sehingga betul2 sebati







Masukkan daging dan ubi kentang dan kacau supaya sebati
Masukkan air dan garam
Bila hampir kering masukkan daun sup (kalau ada)


Inti karipap nie mudah dibuat dan sedap lagipun tidak memerlukan banyak bahan

Read on »

Posted by noreen

Strawberry cheese cupcakes

0



Read on »

Posted by noreen

Tom yam (Thai menu)

0




resepi dari kak zara

Bahan-bahan (3-4 org):
½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

cara:
- panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang
- masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar)
- masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau
- masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
- kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
- last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.

note: tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau

Read on »

Posted by noreen

Kailan ikan masin / Kailan (vege) fried with salted fish

0

Bahan-bahan:
200gm sayur kailan
2 keping ikan kurau masin
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji cili merah - dihiris
minyak dan sos tiram

cara:
- sayur kailan dibersihkan dan dipotong
- ikan kurau digoreng hingga masak. ketepikan
- tumiskan bahan yg ditumbuk hingga berbau
- masukkan sayur kailan dan sos tiram. goreng hingga separuh masak
- masukkan ikan masin, cili merah dan goreng lagi hingga sayur layu

Read on »

Posted by noreen

Apple cake

1

Bahan-bahan (18x18 cm):
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

cara:
1. bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula. Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit
2. pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih
3. masukkan telur satu persatu sambil dipukul
4. lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati
5. kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
6. akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang
7. bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

source: yani, myr

Read on »

Posted by noreen

Abok-abok sago

0






Bahan-bahan:
140gm sagu biji
130gm kelapa parut putih
90-110gm gula melaka - dihiris halus
3 helai daun pandan - potong 3sm kecil
20 helai daun pisang selebar 20sm x 15 sm
sedikit minyak masak
garam secukup rasa

cara:
- letak sagu di dalam penapis dan kocak dibawah air paip tetapi jgn terlalu lama, kerana ia akan kembang
- isikan sagu di dalam mangkuk, campurkan dengan garam dan kelapa parut
- saputkan sedikit minyak pada sehelai daun pisang. bentukkan seperti kon
- masukkan 2 sudu makan campuran sagu ke dalam daun pisang
- taburkan gula melaka dan tutup dengan sedikit lagi campuran sagu
- susun atas rak pengukus dan kukus selama 20-25 min atau hingga masak

Read on »

Posted by noreen

Sambal petai udang (Chilli prawn with petai)

0


Read on »

Posted by noreen

Soft crust pizza

0


resepi dari jo, ireland

Bahan-bahan (4 pizza):
50gm tepung gandum(plain flour)
280ml air
2tbs yeast
1tbs level garam
1tbs gula
1 tbs olive oil-(or veg oil)
1 bawang putih-crushed
extra tepung untuk mencanai

cara:

  • masukkan dalam bread maker biarkan on basic recipe prog selama 11/2jam +-
  • bila ready, ambil sedikit dengan senduk(dough memang lembik). lumurkan tangan & tempat mencanai dgn extra tepung
  • tekan-tekan dengan tangan saja. jangan guna pengelek
  • letakkan diatas pre-heated bekas dan cukuk
  • taruk tomato, topping kegemaran. bakar tak lebih dari 10-12min. seeloknya double loyang untuk xtra lembut dan loyang tu mesti di panaskan dulu sebelum letak dough

Read on »

Posted by noreen

Pizza sauce

0


resepi dari k.nis

Bahan-bahan (10 piza sederhana):
1/2 labu bawang besar, dicincang lumat
2 tbsp bawang putih cincang
1 cawan tomato cincang, buang empulurnya (1 can chopped tomato)
8oz sos tomato
6oz tomato paste
garam
herba oregano
lada hitam
2 tbsp minyak
Sedikit air

cara:
- panaskan minyak dalam kuali. Tumis segala macam bawang yang tertera hingga wangi
- masukkan semua jenis tomato, herba oregano, garam & lada hitam. Gaul rata, boleh tambahkan air jika terlalu kering
- biarkan sejuk seketika sebelum dioleskan ke atas pizza

Read on »

Posted by noreen

Cucur udang resepi I

0






Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
daun kucai, taugeh, cili merah (cincang)
garam, serbuk kunyit, minyak dan udang (tak ada udang bukan namanya cucur udang hehe)

Bahan mesin:
sikit udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

cara:
- gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang
- panaskan minyak, panaskan senduk
- sendukkan adunan ngan senduk panas tadi dan letakkan udang
- curahkan adunan biarkan ia meluncur jatuh dlm minyak

Sos cili:
10 biji cili merah (buang biji)
1 cawan air
2 sudu besar cuka
1 ulas bawang putih (kalau suka)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula
garam
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air (utk kepekatan kuah)

cara:
- mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung
- masakkan sehingga mendidih
- masukkan bancuhan tepung jagung dlm adunan sos cili
- masakkan sehingga nampak pekat

Read on »

Posted by noreen

Rojak buah perantauan

0


Bahan-bahan:
Nenas
timun
betik
sengkuang
mangga muda
apple
kuah rojak
kacang tumbuk
sesame seed

cara:

  • potong semua buah dan campurkan dengan kuah rojak dan gaulkan sebati
  • akhir sekali taburkan kacang tumbuk dan sesame seed






Read on »

Posted by noreen

Pizza ayam dan sausage

0

resepi dari minami, japan

Bahan-bahan (1 keping):
200 gm tepung roti
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung

Bahan2 utk topping:
2 keping dada ayam
2 ulas bawang putih
serbuk lada sulah
mayonis
sos cili dan sos tomato
cheese
mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
black pepper

cara:

  • bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab
  • canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit
  • utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah
  • Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2
  • masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas

Read on »

Posted by noreen

Popia basah

0




resepi dari Umi

Bahan-bahan (12 keping):

Bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan untuk inti
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

cara:
- blend bawang besar+bawang putih+udang kering
- panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi
- kemudian masukkan sos tiram + garam
- kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu

Bahan untuk sambal:
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

cara:
blend cili kering, bawang besar dan bawang putih
- panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing
- masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa

cara utk membuat kulit popia:
- campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
- gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
- ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper
- buat dari arah jam
- mulakan dari tepi dulu
- kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
- setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
- angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
- ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
- letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
- lipat macam biasa dan gulung

Read on »

Posted by noreen

Ayam goreng KFC / KFC fried chicken

1




resepi dari Umi

Bahan-bahan:
ayam
tepung KFC
telur - dipukul sedikit

Read on »

Posted by noreen

Ikan tenggiri masak taucu

0


resepi asal dari minami

Bahan-bahan (4 orang):
2 ekor ikan (ikan apa2 pun boleh)
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 hiris halia(potong panjang2)
3 biji cili api(nak pedas tambah lg)
2 sudu besar taucu
air asam jawa
serbuk kunyit
minyak
garam
1 sudu besar gula
3 cawan air

cara:

  • goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit
  • sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. then, masukkan halia dan cili api
  • masukkan taucu dan kacau sekejap. masukkan air dan air asam jawa. tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
  • setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api

Read on »

Posted by noreen

Mihun singapore

0


Bahan-bahan (1 family):
600gm mihun - dicelur
200gm isi ayam - dihiris nipis
200gm udang
200gm sotong - dipotong bulat
150gm sawi - diasingkan batang & daun
100gm tauge - dibuang ekor
60ml minyak
8 tangkat daun bawang - dihiris 2sm
2-3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan stok pekat ayam atau kiub
1-2 sudu makan kicap cair
1-2 sudu teh serbuk lada sulah
sedikit air
garam
cili merah - dihiris

Bahan dikisar:

30gm udang kering - direndam
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
1cm halia

cara:

  • panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga berbau
  • masukkan isi ayam, kacau hingga separuh masak. kemudian bubuh udang dan sotong. kacau lagi
  • bila udang dan sotong separuh masak, campurkan stok ayam, sos tiram dan batang sawi. kemudian renjiskan air. masak selama 2-3 min
  • masukkan pula mihun, daun sawi, daun bawang, tauge, serbuk lada sulah, kicap cair dan garam (jika perlu)
  • kacau rata hingga semuanya sebati dan masak. tutupkan api

Read on »

Posted by noreen

Ayam paprik resepi I

0


resepi dari Mak Yong

Bahan-bahan (4 org):
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa

cara:
- panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing)
- masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap
- masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran
- bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi

Read on »

Posted by noreen

Kuih lapis

0


Bahan-bahan:
450ml santan (dari 1 biji kelapa putih)
sedikit garam
180g tepung beras - diayak
125g tepung kanji/ubi/sagu - diayak
sedikit pewarna merah

Bahan sirap:
250g gula pasir
230ml air
4 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
- satukan santan, garam dan bahan ayak hingga sebati. ketepikan
- jerang bahan sirap hingga mendidih dan gula larut
- tuangkan sirap yg panas ke dlm adunan santan, kacau rata
- bahagian 2, warnakan satu bahagian dengan merah
- lengserkan tin 18cm dengan minyak, kukus selapis warna putih dan kukus 5-6 min, dikuti warna merah
- buat hingga habis
- biar betul2 sejuk sebelum dihiris

Read on »

Posted by noreen

Sushi gulung (makizushi)

0


resepi dari minami, japan

Bahan-bahan (4-5 org):
1/2 kg beras jepun
cuka untuk sushi
3 biji telur
1 batang timun
lettuce
udang
5 helai seaweed
mayonis
bamboo mat
isi dalam bole diganti dgn tuna, ikan salmon dll mengikut citarasa masing2

cara:

  • masak beras jepun seperti masak nasi biasa
  • bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. kacau nasi dgn cuka rata2. biarkan nasi sejuk
  • udang direbus dan dibuang kulitnya
  • telur dipukul sekejap dgn sudu dan goreng dgn sedikit minyak.bila dah masak, potong telur panjang2
  • buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. potong memanjang. lettuce dibersih dan potong besar2 (sehelai lettuce potong dua)
  • ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut
  • kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. diikuti telur, timun, dan udang. akhir sekali masukkan mayonis
  • gulung makizushi tersebut padat2 dan ptg seperti didlm gambar

Read on »

Posted by noreen

Kung pao chicken

0



Bahan-bahan ( 4 orang )

Bahan A
* 600 gm ayam
* tepung jagung
* garam
Bahan B
* 100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
* 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
* 2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
* 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
* 1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
* 3 sdm sos tiram
* 2 sdm cili sos
* 1/4 cwn air
* minyak utk menumis
* garam-jika perlu
* 2 inci halia - ditumbuk halus

cara:
utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
- panaskan sedikit minyak dlm kuali.
- goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
- tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
- masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
- biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

Read on »

Posted by noreen

Kek gula hangus

0



resepi dari Wirdad

Bahan-bahan (6 orang):
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

cara:
- masak gula dengan api sederhana hingga hangus
- masukkan air dan masak lagi hingga gula cair
- masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu
- pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat
- masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati
- masukkan pula tepung + soda. Sebatikan
- akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk
- perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam
- bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam

Read on »

Posted by noreen

Talam lapis ubi

1




Bahan-bahan:
2kg ubi kayu
700ml santan - dari 1 biji kelapa (atau guna dlm tin)
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah + 60 ml air - dimasak hingga larut
2 biji telur
1 sudu makan pewarna kuning


cara:
- ubi dibuang kulit, potong dan dibersihkan. Kemudian dikisar hingga halus.
- perah airnya dgn kain maslin (kalau tak ada guna tapis kelapa or tapis tepung pun boleh). Biarkan sagunya mendap selama 20 min
- campurkan sagu dgn isi ubi kayu yg dimesin tadi. Buangkan airnya
- campurkan santan dan gula pasir ke dalam adunan ubi tadi. Kacau hingga bercampur rata
- ambil 1/3 adunan dan dimasukkan air gula merha. Bahagian baki pula dibubuh pewarna kuning
- kemudian masukkan telur ke dlm adunan kuning dan digaul sebati
- sapukan loyang dgn sedikit marjerin
- tuangkan 1/2 senduk acuan coklat ke dlm loyang dan kukus selama 10 min atau hingga masak (lebih kurang 8-10 min pun boleh kalau agak2 dah keras sikit)
- kemudian tuangkan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi hingga masak. Buat begini berselang seli warna hingga 7 lapis
- selepas selesai, kukus lagi 20 min sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk

Read on »

Posted by noreen

Ayam masak lomak

0


Bahan-bahan:
600ml santan - dari 1 biji kelapa
1 ekor ayam - dipotong 8-10
20-22 biji cili padi - ikut suka pedas
2.5sm kunyit
2 batang serai
2 biji kentang - belah 4
1 keping asam gelugur/keping
1 sudu teh gula pasir
garam secukup perasa

cara:
- tumbuk cili padi, kunyit dan sebatang serai
- ketuk baki serai, letak di dalam periuk dengan bahan tumbuk dan ayam
- jerang di atas api sederhana hingga kering air ayam
- tuangkan santan, bubuh kentang, asam gelugur/keping, gula pasir dan garam. kacau sekali-sekala hingga mendidih
- bila ayam masak dan kentang empuk, bolehlah diangkat

note: juka menggunakan ayam bandar, tumbuk 3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih

Read on »

Posted by noreen

Chicken chop

0


resepi dari D

Bahan-bahan:
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap:
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos:
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair
beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum

cara:
- daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman
- panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan
- panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau
- masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam
- reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng

note: penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa

Read on »

Posted by noreen

Cream puff

1



resepi dari Yani

Bahan-bahan (10 biji):
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur

cara:
- persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur
- masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api
- masukkan tepung dan kacau cepat-cepat
- panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api
- masukkan telur, kacau cepat-cepat
- masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm
- tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik
- spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan
- sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim

Read on »

Posted by noreen

Cream custard

0


resepi dari Honey

Bahan-bahan (lebih kurang 300ml):
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

cara:
- masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul
- masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau
- wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat
- bila dah siap, masukkan mentega. Kacau

note: kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning

Read on »

Posted by noreen

BBQ Chicken wing dan lamb berempah

1

resepi dari umi

Bahan-bahan utk ayam BBQ:
Chicken wing
bawang merah - blend
bawang kecil - blend
halia - blend
serbuk ketumbar
serbuk jintan putih
gula merah
gula pasir
kicap

cara:

  • gaulkan semua bahan dan perapkan semalaman. lagi lama diperap makin terasa pada ayam
  • bakar pada suhu 150C selama 45 min

Bahan-bahan utk lamb:
Lamb
kicap masin
course black pepper
bay leaves
sedikit gula

cara:
  • gaulkan semua bahan dan perapkan pada lamb selama semalaman
  • bakar pada suhu 150C selama 55 min

Read on »

Posted by noreen

Dalca daging

0

resepi dari umi

Bahan-bahan:
200 gm daging - dipotong kiub
80 gm kacang dal
3 sudu makan rempah kari daging
6 sudu besar campuran bawang merah, bawang putih + halia yg telah diblend
bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
1 kiub stock ayam
santan
garam dan serbuk perasa secukup rasa
ubi kentang - dipotong kiub
carot - dihiris
cili hijau - dipotong dua jgn putus
terung
buah tomato - dipotong 4
daun kari

cara:

  • panaskan periuk tumiskan bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 blend dan kacau sebati
  • masukkan rempah kari dan daun kari and kacau hingga garing
  • masukkan kacang dal, daging dan sedikit air
  • tutup periuk dan kacau sekali sekala untuk pastikan kacang dal tak melekat
  • bila daging dah emput, masukkan stok ayam, santan, garam dan serbuk perasa
  • masukkan ubi kentang dulu dan last sekali masukkan semua jenis sayur
  • masak sehingga ubi kentang betul2 empuk

Read on »

Posted by noreen

Nasi beriani pakistan

0




Terima kasih Umi ...................

Read on »

Posted by noreen

Bingka ubi

0



Bahan-bahan:
750gm ubi kayu
320ml santan pekat - dari 1 biji kelapa
1 helai daun pisang - utk mengalas
1/2 biji kelapa parut putih
garam secukup rasa

Bahan air gula:
120gm gula pasir
100gm gula melaka
90gm gula merah
125ml air
4 helai daun pandan - disimpulkan

cara:
- untuk air gula: jerang semua bahan sambil dikacau hingga gula larut. tapiskan dan biar sejuk
- parut halus ubi kayu (atau masukkan dlm food processor) kemudian diisikan ke dalam kain maslin dan perah ke dalam mangkuk utk mengeluarkan airnya
- biar airnya mendap selama 20 minit, kemudian buangkan bahagian yg jernih
- ambil bahan mendap (sagu), campurkan dgn ubi kayu dan kisar dgn kelapa parut di dalam food processor
- satukan air gula dengan campuran ubi, santan pekat dan garam
- alas dasar tin berukuran 20cm dengan daun pisang
- lengser sedikit minyak. ratakan adunan ubi tadi
- bakar dlm oven pada suhu 185C selama 1 jam atau hingga masak

note: jika menggunakan oven dengan pemanas atas dan bawah, masa memasak lebih pendek

Read on »

Posted by noreen

Root beer float

0


resepi dari Nona

Bahan-bahan:
1 tin air rootbeer
Ais
Ice cream - any flavour

cara:
- tuangkan air rootbeer ke dalam gelas
- masukkan beberapa scoop ice cream
- letakkan beberapa ketul ais

Read on »

Posted by noreen

Udang goreng bertauhu

0


Bahan-bahan:
350gm udang bersaiz sederhana - diperap bersama
kicap cair dan lada sulah
3 camb minyak masak
2 keping tauhu setengah keras - dipotong 8 kepingan
2 ulas bawang putih - dicincang
2 camb cincangan halia
2 kuntum cendawan cina - didadu
1/4 cawan cincangan carot
1 1/2 cawan air
1 kiub pati ikan bilis
1 camt tepung jagung dicampur dengan
1 camt air
1/2 cawan kacang pis
1 biji cili kering - dimayang

cara:

  • panaskan minyak dan goreng udang di atas api sederhana selama 1 min dan ketepikan
  • dalam minyak yg sama goreng tauhu hingga kekuningan dan ketepikan
  • masukkan bawang putih, halia, cendawan, carot dan goreng hingga kekuningan. masukkan air dan stok ikan bilis. masak hingga mendidih
  • kemudian masukkan udang goreng, kacang pis, cili kering dan tauhu
  • renih selama 2 min dan pekatkan dengan campuran tepung jagung

Read on »

Next Post Previous Post

RM 10.00sen-RM 100.00 kode untuk blog dan kode link.

-fatimah zamzuri-
Tiada catatan.
Tiada catatan.